Akhmal Nazri

Muhd Akhmal bin Mohd Nazri (lahir 24 Februari 1992) adalah pelakon dan pengacara Malaysia. Akhmal mula dikenali apabila melakonkan watak Jibam dalam drama bersiri komedi terbitan Astro, Oh My English!.[1] Selain itu, Akhmal turut mengacarakan program bual bicara PM Live dan AM Live di Astro Ria dan juga Jom Singgah di TV3. Semasa berumur 14 tahun, Akhmal pernah menjadi pengacara untuk sebuah program kanak-kanak, Anak Sapa Ni Eh!.[2]Pada tahun 2014, Akhmal meninggalkan siri Oh My English! selepas tiga musim dan penampilan terakhir Akhmal dalam siri itu pada episod 4, musim keempat siri tersebut.[3][4] Namun, pada musim 2015, Akhmal membuat kemunculan semula dalam siri itu.